GERAK KERJA PENYEDIAAN MANUAL SPK MS ISO 9001: 2015

Pada 13 September 2020 yang lalu, seramai tiga orang staf dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) yang terdiri daripada Dr. Nik Nurul Anis bt Nik Yusoff, Dr Siti Roshayu bt Hassan dan En Mohamad Naim bin Idris selaku ahli tetap Jawatankuasa Kualiti Jabatan (JQJ) fakulti telah menghadiri bengkel gerak kerja ISO yang bertempat di Komplek Akademik, UMK Bachok. Program ini bertujuan memeberi pendedahan berkaitan gerak kerja menyediakan manual SPK MS ISO 9001. Bengkel ini turut dihariri oleh wakil setiap pusat tanggungjawab di UMK dan juga perunding ISO. Objektif utama adalah bagi memudahkan urusan pengubahsuaian objektif fakulti dan juga menyediakan jadual standard operating process (SOP) bersama pihak perunding.    

Melalui aktiviti seperti ini, kerjasama antara staff FBKT bersama wakil PTJ lain dan perunding secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka, dan sekaligus dapat membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai tujuan sebenar bengkel ini.